
- Ilustrasi Gambar: Internet
Pada suatu Ahad menjelang tengah hari kami dan tak sengaja mengganti saluran televisi ke salah satu saluran yang menayangkan filem-filem Indonesia. Tepatnya filem yang dibuat skitar tahun 1970-an, dibintangi oleh Bing Slamet Senior yang sekarang sudah almarhum. Wajah Bing Slamet Senior ini serupa sangat dengan anak lelakinya yang juga pelakon Adi Bing Slamet. Selain itu ada jua pemain lain serupa Aminah Cendrakasih yang kami kenal dengan peran beliau sebagai Enyak (Ibu) dari Si Doel dalam drama seri Si Doel Anak Sekolahan. Serta beberapa orang pemain lainnya yang kami tiada ingat nama-nama mereka, hanya kenal rupa saja.
Namun ada satu pelakon yang kami kenali dan sangat berkesan di hati kami, namanya Ateng. Kalau kami tiada salah beliau ini keturunan Cina dan telah meninggal pula ia. Kami terkenang semasa kanak-kanak ketika menonton filem yang dibintangi oleh Ateng, ia selalu berpasangan dengan Iskak. Berdua mereka selalu memberi lakon yang lawak di filem-filem mereka.
Ateng berkulit kuning, berbadan agak gemuk atau gempal kata orang Jakarta, serta memiliki tinggi yang hampir sama dengan anak-anak. Raut wajahnya selalu ceria dan menyenangkan sehingga senang kami ketika menonton lakonnya. Namun yang menjadi ciri khasnya ialah tinggi badannya, pendek tapi tidak cebol.
“Dahulu semasa kanak-kanak, apabila ada kawan yang badannya lebih pendek maka ia akan digelari dengan Ateng..”seru kami kepada isteri menyombongkan masa kanak-kanak kami.
“Demikian pula dengan dinda tuan..” jawab isteri kami tiada kalah sambil tersenyum. Wah.. jadi tak hanya kami dan kawan-kawan rupanya, istilah Ateng tampaknya juga menyebar ke beberapa daerah. Bagaimana dengan engku, rangkayo, dan encik semasa kanak-kanak dahulu? Adakah mengenal istilah Ateng pula?
Semula kami tiada tahu kalau Ateng itu ialah nama orang, kami sangka dia diiberi nama Ateng karena badannya pendek. Setelah melihat berita kematiannya di tivilah kami baru sadar kalau A Teng rupanya sebuah nama. Setelah kami ina-inapkan memang lebih mirip nama Cina, dan tanpa sengaja anak-anak bodoh tahun 1990-an mengambil nama tersebut sebagai sebuah istilah sesuka hati mereka tanpa permisi dahulu kepada yang punya nama.
Maaf Engku A Teng, kami ketika itu masih kanak-kanak pandir dan masih bercelana pendek. Beda kanak-kanak sekarang yang sudah memakai celana panjang.
Komentar
Posting Komentar